.

.

Pengikut

Allah sebaik-baik Penolong..


alhamdulillah... kalau kita tengok tajuk yang kat atas tu... mesti ada cerita yang tersiratkan... erm..memang ada pun... tak tahu nak mula macam mana.... .................................................................................................... bismillah... hari tu Matri membenarkan pelajar-pelajar pulang untuk menyabut Maulidur Rasul bersama keluarga.. ana balik...tapi ana tak balik rumah kat Perak la,sebab minggu lepas time raya cina dah balik..so rasa rugi duit la pulak... pada hari selasa,seorang sahibah ana ni,ajak ana untuk pulang kerumah dia..kire ana ni orng firstla yang pegi rumah dier..selama 5 hari...ana pun tak percaya nak duduk kat rumah orang lama macam tu.. dipendekkan cerita...permission sudah diluluskan... petang khamis kami naik bas rombongan ke Alor Setar(Syahab Perdana).. dalam bas tu agak sesak la.. ada yang kena diri..ada yang best duduk... ana ni..orang yang kena duduk dan berdiri..(tak da tempat duduk tetap)... macam-macam la kitorang buat kat dalam bas tu...pasang nashid,sembang, sehinggakan purse yang ana bawa keluar dari beg pun ana tak sedar bawa masuk balik atau pun tak...hmm.. akhirnya sampai kat shahab.. kami solat asar dulu kemudian tunggu mak sahibah ana ni... kami tunggu dibahagian depan... ana terpandang sebuah mesin ATM kat situ..so, hati ini terdetik untuk pergi cek duit kat dalam kad BSN... ana meraba-rabala (handbag) ana... alangkah terkejutnya..purse ana hilang... betapa takutnya...sebab dalam purse tu ada kad pengenalan dan kad BSN... satu perkara jer yang ana fikir...tahun ni nak SPM.... ha..ha..duit tak fikir pun... ana pun cepat-cepat ajak sahibah ana untuk cari seorang akak khassah ni.. sebab dier yang arif pasal bas ni... alhamdulillah akak ni tak balik rumah lagi... dier tengah makan dekat RFC dengan kawan-kawan ana yang lain... ana mintak akak tu nombor phone ust. Mahadhir... sebab nak suruh ust.Mahadhir call pemandu bas tu...dan suruh pemandu bas tu cari.. ana tak dapat menunggu tindak balas dari ust..sebab mak sahibah ana sudah datang.. ana tanya mak sahibah ana tu..macam mana nak buat kalau purse hilang... so..jawapannya...kena report polis... ana tanya pulak umi ana(hantar mesej) macam mana kalau purse hilang... so..jawapannya..kena report polis... haaa... jawapan yang sama... aduh... kena pi balai polis la pulak... on the way nak ke rumah sahibah ana ni... ana teringat umi ana pernah cerita.. ada seorang mak cik ni..ana panggil mak cik Ana... m/c Ana ni dier kena rompak... dier baru lepas keluarkan duit dari bank(banyak la jugak).. pastu tetiba ada orang sambar/ragut beg duit dier... dalam beg tu ada macam-macam la...kad pengenalan..dan lain-lain lagi... then,terus dier report polis... erm... tapi cerita ana ni tak sama macam m/c Ana tu... ana yang cuai... bila dah sampai rumah.. datang 3 mesej yang bertulis.. "doa banyak-banyak kat Allah...insyaAllah jumpa balik purse anti tu..." sejuk jer hati bila baca... pastu ada 1 mesej lagi.. yang bertulis.. "salam...anti..ust.Mahadhir cakap..purse anti tak da kat dalam bas tu...cina u dah cari dah..." rasa panas pulak badan ni... bila dengar pasal benda berita tuh... argh...nak buat macam mana nih... dan akhirnya..jawapan yang muktamad.. ana,sahibah ana ngan mak dier.. pegi balai polis.untuk buat laporan.. lepas jer habis buat laporan.. umi call.. "macam mana dengan purse..?dah buat laporan.. tahun ni nak SPM..kad pengenalan tu penting..." rasa nak menangis pun ada time tu...sebab takut.. ha..ha.. umi sambung lagi... "mintak kat Allah banyak-banyak..doa..." lega rasanya bila dengar perkataan Allah... lepas-lepas tu..ana rasa tenang la skit... sebab dah buat laporan... cuma kita kena bergantung kepada Allah...la. ........................................................................................................................................ pendekkan cerita... kat matri... ada beberapa sahibah ana yang ana mintak tolong doakan... supaya jumpa semula purse ana tu... ana pun tak berhenti-henti berdoa..supaya Allah bagi ana jumpa semula purse tu... selang beberapa hari... ada berita yang menggembirakan buat ana... sahibah ana Siti Syarah..seronok bagitahu berita ni... ana pun tak sabar nak dengar... "..mcm ni..purse anti ada orng jumpa...".. betapa gembiranya hati ni... "macam mana cerita nya...??" "ada orang perempuan ni..dier call henset ana..pastu mak ana yang jawab.. perempuan tu tanya..akak ada anak nama Ainul Mashitah ker?..mak ana cakap la tak ada..perempuan tu cakap ..dier jumpa purse anti..dalam purse anti tu ada no.telefon ana... sebab tu dier call..mak ana pun ckp la..mungkin kawan dier kot..tapi kena ambil purse ni kat JPJ Shahab Perdana... ....tu yang ana bagitahu anti ni..." arghhh....seronoknya...alhamdulillah... seorang sahibah ana ada cakap.. "tengok,Allah susun rancangan Dia..strategik..akhirnya dapat juga..itu bermakna Allah menyuruh kita berdoa dekat Dia sentiasa...bukannya waktu kita susah jer...waktu senang pun kena doa/mintak pertolongan dekat Dia...betul tak?"

Allah menyukai orang yang bersabar.... begitulah cerita yang tersirat dan akhirnya menjadi yang tersurat dilaman ini... semoga kita mengambil iktibar..dan jangan kita lupa..pertolongan Allah itu ada dimana-mana sahaja.. jika kita seorang mukmin..kita akan rasa bersyukur dengan ujian yang diberikan oleh Allah,kerana dengan ujian itulah membuktikan Allah itu masih mengingati kita dan sentiasa di bawah penjagaan-Nya...


Metallic Text Generator at TextSpace.net


0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon