.

.

Pengikut

Manusia khalifah di Bumi...




Alam ciptaan Allah ini sangat luas.Allah mencipta manusia,haiwan,tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya hidup di muka bumi.Manusia telah dipilih untuk menjadi khalifah. Sedarkah kita bahawa kita adalah khalifah di bumi ini? Khalifah bermaksud pengganti atau wakil.Ini bermaksud manusia adalah wakil Allah S.W.T untuk memelihara bumi ini. TAWARAN MENJADI KHALIFAH.. Allah S.W.T menawarkan amanah menjadi khalifah kepada beberapa makhluk-Nya. Dia menawarkan kepada langit,bumi dan gunung.Namun begitu,kesemua makhluk ini tidak sanggup untuk memikul amanah sebagai khalifah bumi.Manakal manusia bersetuju untuk menggalas amanah ini. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang hebat.Allah S.W.T memberi kepercayaan kepada manusia untuk menjadi khalifah dan mengurus bumi ini. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa darjat,kerana Dia hendak menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu."
(Surah al-An'am,ayat 165)
Sebagai manusia,kita seharusnya menjaga kepercayaan yang Allah berikan kepada kita untuk memakmurkan bumi ini.Sayangnya,ada juga manusia yang rakus dan merosakkan bumi ini.Mereka ini mencemarkan alam,membunuh sesama manusia dan melakukan segala perkara yang Allah tegah.Semoga Allah melindungi kita dan tidak tergolong dalam golongan manusia keji dan melakukan kemungkaran ini.

0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon