.

.

Pengikut

Powered By Blogger

SPM..MATI???

Teringat ana bila duduk kat dalam kelas..setiap hari pasti ketua kelas akan mengubah countdown bagi SPM 2010..dan setiap hari jugalah ana terfikir untuk buat preparation..study group,habiskan chapter form 4,Expro mesti kena berjalan...macam-macam lagi lah...tapi kalau kita fikir betul-betul.ada yang lagi dekat daripada SPM..apa lagi kalau bukan MATI...!!

kalau kita buat perbezaan antara kedua-dua ni...
SPM:kita tahu tarikh nya bila
MATI:kita tak tahu tarikh nya(mungkin sebelum SPM/selepas.atau..1 minit lagi...)

persediaan untuk exam selalu kita lakukan dengan rapi dan bersungguh-sungguh berbanding persediaan untuk MATI padahal kita semua tahu KEMATIAN itulah akan membawa kita ke suatu tempat yang kekal abadi..

itulah yang paling hampir dengan kita..menziarah kita tiap2 hari..kita sering mengejar dunia tapi dunia kata "pergi"

kita sering lari dari mati tapi kubur kata "mari"
sama2la kita muhasabah balik..
segala yang kita buat sekarang pun adalah preparation untuk mati jugak..cuma time kita nak menghadapinya tu..xtau amalan kita mmbantu atau membuatkn kita sgsara..
kalau nak tahu,sebenarnya kan,persediaan untuk SPM juga adalah persediaan utk menghadapi maut...
Betul x?cuba kita renungkan,
Jika persediaan untuk SPM itu kita buat kerana ALLAH dan caranya x menyimpang jauh dari landasan syara',
bukankah itu dikira ibadah?
Jadi untuk apa ibadah itu?
pastinya untuk memberatkan lagi timbangan amalan kebaikan kita diakhirat nanti...
tambahan pula menuntut ilmu sgt dituntut dalam Islam,
dan dikira sbg jihad..
bukankah bersedia untuk SPM juga boleh menjadi persediaan utk menghadapi kematian?

Jadi,segala persediaan kita untuk peperiksaan juga..adalah persediaan untuk mati...

dan tetiba terlintas pula,nasihat seorang sahabat ana..ni..
cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.



Metallic Text Generator at TextSpace.net

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon