.

.

Pengikut

Powered By Blogger

lisan bahasa melayu..

Posting kali ni sebenarnya nak bercerita skit pasal lisan bahasa melayu....selepas tamatnya peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran prinsip akaun...cikgu Omar ada nak buat perjumpaan sedikit yang tidak mengambil banyak masa(bak kata cikgu).....jadi kami semua pergi bergegas untuk ke kelas 4 mashitah....

sebelum cikgu cakap...cikgu ada bagi kertas untuk kita semua pilih tajuk mana yang kita mahu untuk lisan nanti....





......bila saya sudah melihat semua tajuk yang terdapat di dalam kertas tu....saya memilih tajuk yang..insyaAllah saya boleh buat....iaitu :

MERAWAT PENYAKIT HATI UNTUK MENJADI INSAN CEMERLANG DAN BOLEH DI CONTOHI..........


cikgu suruh kami mencari bahan dirumah...cari artikel/gambar/apa maklumat tentang tajuk yang kita dah pilih.....

bagi saya tajuk yang saya ambik tak la susah sangat....banyak dalam buku fikrah....antara buku-buku yang menjadi sumber rujukan saya ialah

-Langit Illahi...daripada Hilal Asyraf halaman 62...
-Anak-Anakku Bangunlah...daripada Ummu Anas halaman ?


antara isi kandungan yang saya akan cakap ialah:



muqaddimah (tak terpikir lagi...)

Kita tahu hati itu terdedah kepada penyakit,kita juga tahu yang kita perlu menjaganya daripada sakit.hal inii perlu diberi perhatian kerana hati yang sakit akan menjadikan iman kita rapuh..hati yang sakit tidak mampu menampung iman yang utuh.kita juga tahu,bahawa hati yang sakit lemah untuk melawan hasutan-hasutan syaitan yang merupakan seterunya.tetapi kita juga tahu,hati yang sakit itu boleh dirawat.

Penyakit hati ini juga boleh menjadi hijab untuk kita berjaya.Jadi,untuk menjadi insan yang cemerlang jauhilah daripada penyakit hatu.kalau kita nak merwat penyakit hati ini tidak susah,senang ja...sebab kita,selalu melakukan perkara ini..tanpa di suruh dan juga sebagai permulaa untuk diri kita...

contohnya:

#memberi salam
#senyum

#sedekah seminggu seringgit
#mengutip sampah yang kita nampak
#membaca al-quran sehari sedikit
(kalau malas sangat , sehari satu ayat)
#berzikir
#berdoa
(doa satu kebaikan juga,doa untuk rakan-rakan,keluarga dan diri)
#istighfar
#selawat keatas nabi
#jaga solat 5 waktu..


Ada banyak lagi kebaikan yang mudah-mudah sebenarnya.jika kita istiqamah dan istimrar dengan melakukannya,insyaAllah hati kita akan terpelihara dan kehitaman akan tercuci..

kawan-kawan,seandainya kita benar-benar mengharapkan kegemilangan hidup insan,carilah penawar bagi menyembuhkan gejala-gejala hati yang tidak sihat dan akan pula merosakkan akhlak..segala keburukan akhlak dan kejahatan hati dapa di pulihkan dengan ilmu,iman dan amalan....


itula diantara kandungan yang ter dapat dalam lisan saya.....


tangan dah penat menaip....
wassalam..

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon