.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Pesanan pizza tahun 2020..

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2020

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot,boleh saya bantu
....
Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza
Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan
seterusnya.
Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331
Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan
Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon
rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon
bimbit :
anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?
Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?
Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.
Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej family
Operator : Itu bukan idea yang bagus encik
Pelanggan : kenapa pulak ?
Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi
dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.
Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa ?
Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza
Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?
Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru
pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari
perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.
Pelanggan : Ok lah. Ikut jer la. So, berapa harga pekej family yg saya
pesan tadi?
Operator : Tapi pekej family kami takkan
cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang ..,
jumlah keseluruhan adalah RM80.00
Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.
Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa
pakcik
dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak
RM4050.00 sejak
bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk
tunggakan bayaran bulan rumah encik.
Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum
penghantar pizza sampai , ke rumah saya.
Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun
encik dalam kesemua empat bank
iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan
baki kurang dari RM1.00
Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat
sini.
berapa lama Pizza akan di hantar ?
Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau
encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik
boleh ambil sendiri
dengan motor kapcai pakcik.
Pelanggan : APA ????
Operator : Menurut catatan kami, encik
memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran
BWW 2114 betul kan pakcik ?
Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org
lain sesuka hati ni?
ada yg nak kena belasah ni??!!,
Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan.
Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah
kena tahan lokap sebulan
sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di
Plaza ALam Sentral, Shah Alam.
Pelanggan : (Terdiamm....)
Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?
Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej
family ada percuma 2 botol coca cola kan ?
Operator : Betul encik, tapi menurut catatan
kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami
tidak mau mengambil sebarang risiko.....
Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !
Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik,
untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh
mengisi form online pada website kami,username
dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana
telah menghubungi Pizza Hot....


p/s ------> bila teknologi terlalu canggih......

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon